Monday, April 11, 2011

Bingkisan Hatiku

Assalamualaikum kepada Muslimin & Muslimat. Salam sejahtera kepada yang non-muslim.

Rasanya sudah berdekad tidak mengUPdate Blog. jadi di kesempatan ini, saya ingin luahkan beberapa perkara.

Bukan Hari Raya je hari yang kita pohon kemaafan daripada orang ramai.


>>buat teman2, rakan, sedara mara, dan yang mengenali diri ini <<


Straight to da point, Saya Mohd Nazirul bin Ahmad ingin memohon beribu kemaafan kepada kalian semua jika ada salah silap yang tersengaja mahupun tidak, yg secara langsung ataupun tidak.

TERkasar bahasa yang membuta-tuli,
TERsamseng dan Termeluat yang tak bertempat,
TERsentuh-sentuh yang sengaja atau tidak,
TERsepak terajang tertumbuk yang melulu,
TERhiriskan hati dan perasaan secara langsung dan tak langsung,
TERmengata melebih-lebih,
TERsound-sound yang tidak sepatutnya,
TERusha (awek) yang x kira masa,
TERGgurau yang melebih-lebih,,
Dan segala macam lagi salah yang berkaitan dengan saya.

Maafkanlah diri ini terhadap kesilapan dan kesalahan yang telah
saya lakukan. Saya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Saya akui hidup saya sebelum ini banyak menyakitkan hati orang sekeliling.


BERIBU KEMAAFAN SAYA MOHON daripada anda.


Yang baik itu datangnya daripadaNYA dan yang tidak baik itu datang dari kekurangan
diri saya sendiri.

* tak perlu nak bising2. juz nak mintak maaf. saya x nak jadi isu negara pulak nanti. :P *

Jazakallah. SALAM.

Tuesday, February 15, 2011

Namamu Kini Jadi Sebutan



Inginku curahkan rahsia hatiku
Buat insan yang ku rindui selalu
Luangkan masamu oh sayang untukku
Dengarlah kasih rayuanku

Bukanku meminta oh simpati darimu
Duhai dewiku hanya pengertianmu
Yang ku harapkan dari semenjak dulu
Semoga kan terbuka lagi
Pintu hatimu

Mengapa engkau meninggalkan diriku
Ketika aku memerlukan cintamu
Tiada penawar rinduku ini
Yang melanda di kalbu

Kau warnakan duniaku
Dengan pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
Dengan benang sutera cintamu
Hingga aku terlena keasyikan

Dalam khayalan mimpi
Yang belum aku pasti
Kini ku harap kau kembali
Menerangi duniaku yang sepi
Hatiku sunyi

Namamu kini menjadi sebutanku
Sampai bilakah harusku pendam rasa
Yang dilanda rindu pelangi cintamu
Yang kini bersemadi jauh..
di lubuk hati...



Ni Lirik lagu la...
bukan sajak jiwang2...huhu.
layannnn~
lagu : Namamu kini Jadi Sebutan - EYE



Lelaki idaman saya

Assalamualaikum.
Kejap2! jangan salah tafsir bila baca tajuk entry ni..
Aku tertarik baca ni kat BLOG teman aku.
Ntah knp aku ni...
Hatiku terdetik untuk berubah ke arah macam ni...
Sempena Maulidur Rasul ni...
marilah sama-sama kita berubah ke arah kebaikan.
InsyaAllah.


Lelaki idaman saya adalah…

Seorang lelaki yang beriman…

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…


Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…


Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Lelaki idaman saya…

Tidak pernah membazirkan masa…

Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…


Lelaki idaman saya…

Sentiasa mengingati mati…

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…

Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Thursday, February 10, 2011

New BLOG

eh2?? saya ade BLOG baru...hehe...

kembar BLOG ni...kira adik/sepupu/sedara blog ni la kot....

sekarang, sedang sibuk menguruskan BLOG baru....

It's my assignment lol!!

huhu... chow dulu....

ni hah blog baru saya...

ade komen dan penambahbaikan yang MEMBINA,
dialu-alukan....








salam.

STOP BLOGGING

Salam 1 dunia....

pe hal nk STOP aku neh??

hehe...Ingat aku suker ke tulis2 kat blog ni bg semua orang baca?
MENDEDAHKAN realiti kehidupan aku kat korang2, Buka pekung di dada,
TONJOLKAN kelemahan diri sendiri pada umum...huh! I x suka laa...
its my privacy beb...huhu... (tp sikit2 tu bleh la kot.ahha!)

rambut sama hitam....tapi pemikiran x semua hitam...
lain orang lain ragam..
lain orang lain pandangan....
sokong???

so? ntah...

Kerana....sebab......

Reaksi emosi jangan dituruti kerana IMPLIKASInya tidak seperti yang
DIIMIGINASI....


cewaahhh...dah lama x bermadah2 ni...hehe...


AKU lahirkan blog ni pun sebab tugasan sem ni kne wat BLOG...
so saja la panaskan badan, otak, dan jari ni......



TAPI...TAPI....
kalau rajin aku akan kembali berBLOG..huhu...

SEMOGA KALIAN SEMUA HIDUP BAHAGIA DENGAN INSAN TERSAYANG....









Layan lagu ni jom...senyum~


Tuesday, February 8, 2011

CITA-CITAku

Pertama-tamanya, sori beb blog x update...huhu....
sibuk laaa...ahhak....


*layan jiwang je lebih, mana x sibuk aku neh! haha....



Sajer nk story2 perihal cita2 aku....
POSMEN ??? kejap2....aku ceritakan ni....hehe



1. CITA2 masa zaman2 tadika (5-6 tahun)



Masa umurku 5 tahun, aku masuk sebuah tadika kat kampung lama aku..
bezz!! makan disediakan, nk main2 pon bez... ngan kawan2 sehingusan....
memang best lah gi tadika! seronok gila2...
Almaklumlah, masa kecik2 dulu ske tgok citer kartun ala2 hero gituu...
citer GABANG, POWER RANGERS, memang aku layan lah!
Bila dah taksub ngan cter2 ni,
lalu dengan senyum2ku yg lagatnya seperti kambing kerakusan rumput,
aku sangat2 ingin jadi seperti POWER RANGERS!
ni laa cita2 aku masa ni... GANAZ x? hehe...zaman hingusan beb~



2. CITA2 masa zaman skolah rendah (7-12 tahun)




Masa ni, dah pndai bergaya dah skit2... rambut mak aku sikat belah tepi...huhu...
dah pndai control hensem kot masa ni...
Tapi perangai nakal aku memang xbleh nak tinggal la...hehe...
aku ingat lagi, masa tuh darjah 1...
dialog yang konon2 aku ingat laaa mcm ni kot.....

CIKGU : Assalamualaikum anak-anak sekalian... semua dh mandi?? sape tak mandi lagi angkat tangannn~

*ada laa kawan2ku yg angkat tangan....

lepas tu, sesi berkenalan/taaruf ngan cikgu dan kawan2 aku..
mcm biasa la kne bgtau nama, cita2, hobi b macam2 lagi lah...

CIKGU : hah Cendol (bukan nama sebenar) apa cita2 kamu??

CENDOL : err....errr...errr.... doktor.....

lepas tu cikgu tanya smua cita2 kwan sekelas aku.

*aku pun hairan, semua cita2 macam sama je...
jwapan yg diberi : DOKTOR, CIKGU, POLIS, ASKAR... kalau macam english skit bunyi,
diorang jawab la ENGINEER..

tiba giliran aku....

CIKGU : hmmm...Nazirul, apa cita2 kamu bila da besar nanti?

AKU : erm.. cita2 saya ni banyak cikgu!

CIKGU : ok..ok... cita2 yang kamu nk gapai bila dah dewasa nanti apa??

AKU : saya nak jadi MANUSIA cikgu...

**1 kelas mentertawakan aku... termasuk cikgu aku yang sampai terkeluar gigi dia gelak...

CIKGU : dh sekarang ni kamu bukan manusia ke duhai nazirul yang hensem??

AKU : ye betul...tapi sekarang ni 'manusia' x macam manusia la ckgu.. tiada unsur perikemanusiaan, penindasan berleluasa... anak2 dibiarkan... apa kejadahnya ni semua ckgu??
manusia ke macam tuh??

Terkedu cikgu aku...semua diam membisu...
huhu...

*cerita sebenarnya, aku jawab 'doktor'.....huhu...
rekaan semata2 yg atas tuh...hehehe...

UPSR aku dapat 5A!!! wow2!!
*cikgu cakap, aku ni budak 5A tapi perangai 5E...smpai skarang aku ingat~



3. CITA2 masa zaman skola menengah (13-17 tahun)



Dah masuk Form 1, aku masuk skola agama..
skola no 1 Terengganu kot..hehe...
SMKA SHEIKH ABDUL MALEK...

cita2 aku? masa ni nk jd USTAZ kot...huhu...
yela...duk hostel, 5 waktu sehari semalam berjemaah kat surau..
Quran x pernah tinggal....

tp skarang, Quran dah jarang2 baca...rugi sungguh!

** Form 4 aku skola kat skola biasa beb..

Dipendekkan citer, ada lah sorang cikgu praktikal ni masuk ngajar kelas aku...
CIKGU ROSZALIZAN... ingat lagi... smpai sekarang contact ngan dia...

hehe.. dulu2 masa skola aku selalu kne marah ngan dia.. sbb? bising..baju x masuk dalam seluar,
dan byk lagi laa....

masa ni lah POSMEN BERJAYA tercipta...

Cikgu tuh tanya semua budak kelas aku berkenaan cita2...
tapi aku yang lagak bodoh ala2 budak2 ni selumber je jwab
nk jadi POSMEN BERJAYA...

agak marah la kot ckgu aku masa tuh....
"kata-kata adalah doa" kata cikgu aku...huhu...

insaf la kejap masa tuh kena ceramah...tapi sikap brutal aku kn,
lantak lah...hahaha....tapi...itu dulu...


ramai la cikgu2 yg xpuas hati ngan aku ni..
cikgu2, maafkan saya cikgu....
saya pon dh nk jd cikgu...
walaupun sy brutal tapi jauh di sudut hati saya ni,
ada cahaya kot...huhu

saya nak budak2 nakal macam saya dulu yang berpotensi untuk berjaya,
mengikut haluan yang betol...

*kalau aku x masuk maktab, aku yakin aku ni memang akan lagi2 la rosak!..
Syukur padaMu ya ALLAH...



CITA2 sekarang...

Of kos la nak jadi cikgu! huhu

tapi aku nk jadi cikgu yang berjaya..boleh?? hehe...

Aku nak didik budak2 sekarang jadi manusia....

biarlah tak bleh belajar tinggi2 pun,

asalkan jadi manusia yang berguna...

yang hormat orang tua, sayang kedua ibubapa...

bukan apa, sekarang ramai orang terlalu mengejar kejayaan, kekayaan dan menghiraukan
kebahagiaan.... sedih beb! hidup disajikan dengan kemewahan semata2...

Dah aku ni apa hal emosi lebih hah?? hahaha...


p/s: tengok la citer 3 idiots arahan amir khan... bez!!

***********


ops~ terupload pic ni...alang2 dah terupload, biarkan je laa..hahaha..


Power Rangers sebenar....


Thursday, January 27, 2011

Jatuh Cinta


OIT! ni aku ngan adik aku...huhu.. bukan awek aku k..hehe.
SUSPENS jer...




Wow!

Bacer tajuk pon macam ganas je bunyi...
muka ganas2 ni pon reti ke bercinta? huhu...



siapa dia ye?? huhu..


tapi aku rasa bab2 cinta ni privacy punya la beb..
mne leh nk cter2 kat orang sewenang-wenangnya.
setuju ke?


jadi, aku xleh nk cerita la isu cinta...takot
nanti ada yg trasa..
huhu...





sori. x minat nk jiwang2..
aku nk korang dengar lagu ni... best!






*yeaayy~ nk blk kampung..yuhhuuuu...!!


**Aku sayang Allah. Aku rindu Allah. Aku cinta Allah.

Tuesday, January 25, 2011

MIMPIKU lagi...OH ELAUN.. (kenyataan)

Mimpiku jadi kenyataan! elaun betul2 masuk...huhu..
Syukur Alhamdulillah....

Sekarang semua bergelar OKB. (orang kaya baru)
dapat la melangsaikan hutang2 aku..huhu...

Syukur~

Aku tahu, semua orang berpusu-pusu cucuk duit kat ATM....
aku x termasuk kot..haha...



Di fikiran budak2 ni, PIZZA, KFC, CHICKEN CHOP...
tapi aku? xpenting kot..ye ke? hahaha...
tapi untuk bagi penghargaan kat diri sendiri sebab
dapat menyabarkan diri selama elaun x masuk ni...
tak salahkan? huhu...


tak semangant nak taip2....x de modal..
*ikut ske aku la, blog aku...haha...
jgn mrh...


hah!

bila dah terlalu taksub ngan ELAUN, begini la jadinya....kot..



terus nak keluarkan pizza dari ATM tuh...boleh ke? huhu



TAPI kan...Untung berada di MALAYSIA ni,
tak susahkan pengguna...
cuba bayangkan kalau jadi macam ni....

terlalu rendah kedudukan mesin ni...susahkan??



terlalu tinggi pun susah jgk kan? hehe


tapi, kat sini kira kedudukan dia ok la....huhu. entah apa2 ntah.


*aku harap satu hari nanti ATM jd macam ni...senang sikit...kot



maju kan kalau mcm ni?? huhu



**lepas ni mimpi ape pulak? hahaha... tunggu masa nak serang PADINI dan AL-IKHSAN.hahaha...
**sape2 nak date ngan saya, silakan msg2 saya...hahaha...aw aw aw...
____out. malas nak taip~_____

Monday, January 24, 2011

MIMPIKU lagi...OH ELAUN..


ELAUN...ELAUN....
ku seru namamu,
ku tahu asal usul keturunanmu,
dijadikan daripada pokok-pokok,
kemudian diproses,
ku tahu tempat lahirmu di bank negara...

*jampi untuk elaun masuk cepat.
hahaha...karutan je...jgn taksub plk!

Gambar sebelah ni adalah kemungkinan yang berlaku kepada
kita semua, termasuk aku.

sentiasa mendampingi bank sampai
tido kat sana.hehe

ELAUN~
muncullah kamu!!!
*ni kata2 aluan je kot..huhu*
******************************************************************************

hah! jom dengar posmen bercerita...

Tengahari tadi aku tido, dan mimpikan elaun~
mungkinkah ini petanda?? hahaha...
sama2 kita nantikan...

Ini MIMPI bukan sebarang MIMPI....
huhu...

TAPI.....kalaulah elaun tak masuk jugak...
mmpos aku...haha..makan pasir berlaukkan
daun kot...


nasib baiklah menginapl kat hostel.
kalau menginap kat rumah sewa?
bil letrik, air, smua2 xbayar..mcmna mahu idop? huhu.

mungkin akan berlaku seperti ini kalau bil2 x terbayar..

*gambar sekadar hiasan


hmm...antara gejala lain yang berlaku? contohnya lah...
Tiba2 helmet korang hilang...
pastu kat maktab ni wajib pakai helmet
kalau bermotosikal..
so, ape korang akan lakukan?
x pakai nanti kena tindakan tatatertib..
jadi saranan yang dapat aku berikan,
lakukan seperti mereka ini..
kreatif...

Ade brani nak wat macam ni?? hehe..

HAH! lagi satu, disebabkan harga petrol,
pastu ditambah dengan faktor ELAUN
yang belum masuk, satu masalah kn?
jadi tuan2 dan puan2 yang dikasihi sekalian,
jalan terbaik korang wat macam ni...........

Penjimatan yang maksimum!

*agak2 korang, kne saman ke x kalau macam ni?

**Aku baru bangun tdo... serius aku mimpi elaun!
**Elaun, harap2 esok awak singgah kat akaun saya yer..


Friday, January 21, 2011

POSMEN, BADANG dan JEMBALANG


Kisah ini berlaku dalam mimpiku sewaktu aku mengalami demam yang agak kritikal lamanya...hmm..kira kisah betul la ni kan? betul! betul berlaku...tp berlaku dalam mimpi...hehehe...


Ceritanya lebih kurang macamni la...


Pada suatu hari ada seorang pemuda bernama Badang Posmen. Dia adalah

seorang nelayan, kerjanya menangkap ikan...yelah..kata nelayan

mestilah tangkap ikan takkan nak tangkap katak pulak.. kan..kan?? Dia selalu

memasang lukah (lukah tu macam TRAP yg diletak di dalam air) di tepi

sungai. Hari-hari mesti ada ikan yg terTRAP kat dalam lukah yg

dipasangnya.


Beberapa hari yg lalu lukahnya selalu pecah dan ikan-

ikan yg berada didalamnya selalu hilang. Dia menjadi musykil dan

marah...dia ingin tahu siapakah yg mencuri ikan-ikan nya...



Pader suatu hari dia mengSKODENG di balik belukar untuk

menyaksikan satu persembahan misteri ikan yg ilang... Macam misteri nusantara pulak kan? Hehe.. Dia tunggu punya tunggu sampai ke senja. Tetiba ada satu angin yg kuat

meniup....nun di sebelah sana ada satu lembaga keluar dari semak

samun berjalan menuju ke tempat di mana lukah itu di pasang. Posmen

terus mengSKODENG. Dia lihat ada seekor jembalang menarik keluar

lukah dan membaham semua ikan yg ada.



Dengan perasaan yg teramat marah dia terus menerkam ke arah jembalang itu,

"Hoi!...menatang ni curi ikang aku!! ... piyyer suruh mung curi ikang-ikang aku hah???"

Ops~ sori.. Posmen ni orang Terengganu. Takut2 yang baca ni ada x faham je..hehe..

Terjemahannya : “Hoi!...binatang ini mencuri ikan aku!! ... siapa yang suruh engkau curi ikan-ikan aku hah??

**sambil mengacukan parang ke arah muker nya.



"Errrrr...so...sori brader ..i ..i tak sengajer..awww~"

rayu jembalang itu.

Perghh~ jembalang ni bukan orang sini... loghat luar tuh!

Tapi, ni jembalang spesies yang kecelaruan jantina la beb...

Sambung citer tadi k...hehe..



" SEKARAN kao mesti mati! Susah nak cari rezeki sekarang ni, dengan

NYAMAK-NYAMAK yang BERBERONG-BERONG MENGKETIK aku, boleh dapat

Denggi kau tau tak?? " herdik Posmen yang cuba cover kepekatannya dalam loghat Terengganu. Tapi, FAIL! Hahaha...




"Nanti dulu!....i can give u anything that u want ....if u spare my

Life....awww~" balas Jembalang itu.. hmm.. jembalang ni belajar Bahasa Inggeris ek.

"Ok...aku nak jadi manusia yg terkuat sekali di dunia ini" pinta

Posmen.

"Ok..boleh bang...no problem...tapi syaratnyer abang mestilah

makan .....UWEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKK!!!" Jembalang muntah dengan

banyaknyer.



Posmen menadah muntah itu dengan kedua-dua

tangannya...meleleh-leleh membasahi lengannya....muntah yg

warnanya kekuningan lagi pekat itu mengeluarkan bau hanyir yg cukup

kuat....Posmen menghirup muntah itu bersungguh-sungguh sambil

menjilat belen-belen yg terlekat dibibirnya dengan niat nak jadi

kuat... Setelah abis muntah, jembalang itu bersuara lagi,



"As i was saying just now...abang kalau nak jadi kuat abang kenalah

makan akar-akar kayu nie......sori tadi tekak loyer jadi termuntah

sikit"




perghhhhhhh~~ heheheheeh...leh bayangkan muka posmen masa tuh? hehehe..

Hmm.....sampai sini je aku mimpi...aku x tahu la si Posmen (bukan nama sebenar)

Tuh wat pe kat si jembalang tu.. BUNUH? BUNUH? Entah...

Fikir sendiri la ENDING dia...hehe..

Monday, January 17, 2011

Saya Demam..Dem~

Alahai nasib badan.... kini, usia demamku menjangkau lebih 90 jam 90 saat bersamaan dekat-dekat 4 hari kot... pelbagai usaha yang aku lakukan agar demam ini tidak melemahkan diriku..

Fakta :
Tahukah kamu, sepanjang berada di kampung halaman sendiri, demam dan segala sakit-sakit takut untuk menyerang diriku. Tapi bila berada di tempat orang ni, macam-macam la sakit yang
datang.. yang paling suka sangat hinggap kat diriku ni, DEMAM laa...

*rndu kat mak & adik2 kot..huhu.. rndu buah hati? sori beb..xde~ hihik.

Auta:
Nak tahu tak, demam aku ni susah nk sembuh..mungkin antibody x kuat~.hihik..
makan la panadol a.k.a Paracetamol pun xguna jugak.. mungkin aku kena rebuskan 90 bijik pil paracetamol lepas tu minum...agaknya la kot baru elok...hehe..



kumpulkan 90 bijik paracetamol.



rebuskan kesemua 90 paracetamol tadi.

lepas tu, minum...
mungkin selepas 90 saat selepas minum, anda akan tidak demam untuk selama-lamanya..



***please, don't try this***



hmm...mungkin sakit ni sebagai penghapus dosa aku..yelaa...dulu2 jahat nk mampos.. duk kat sini, (IPGKTI) baru lah sedar sikit... apa2 pun aku redha dan terima ujian dariNya...
Aku ingat ni... Sesengguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar.. jadi, SABAR la ye..
SABAR itu SEBAHAGIAN daripada Iman...



Saturday, January 15, 2011

BIODATA DIRIKU?




NAMA


Fakta :
Nama diberi oleh orang tuaku adalah Mohd Nazirul. Masa kecik2 dulu, aku sangat comel. Dan sampai sekarang masih comel....hihik! ***nk muntah? hoho!!**

Auta :
Mungkin namaku diberi sebab aku lahir pada tahun 1990. Apa kaitannya?? Masa ni, duk heboh kot pasal Bahasa Inggeris.. Nak dijadikan cerita, selepas aku dilahirkan, aku dah pandai berkata-kata.
Dan berlakulah dialog antara aku dengan ibuku tersayang.

Ibu : olololo tomeynyer anak mak! kecik2 dah ensem...bila besar nanti mesti jadi superman ni! xdapat jadi superman, jadi posmen pon boleh....

aku: mammaaa~

Ibu : eh? dah pandai cakap?

Mak aku amat terkejut dengan kejadian yang berlaku..Lalu mak aku bersoal jawab dengan aku. Kebetulan masa tuh masing2 kecoh nak bagi nama kat aku...soalan pertama mak..

Ibu : Anak mak nk nama apa sayang??

*sambil mencapai telefon lagenda nokia 3310 mak aku, aku taip angka '90'..



Aku : nine...zero...
*pelat2 sikit kot aku sebut...

Ibu: Amboi..amboi... nama Mat Salleh tuh... anak mak ni keturunan melayu laa...

*selepas aku diperlakukan sedemikian, aku merajuk dan menangis uwaa uwaa~. biasa la..baby lagi kan~..hihik.. Abang-abang aku kasihan melihat diriku dan mereka melakukan siasatan ala-ala Detektif Conan. setelah 90 minit 90 saat melakukan sesi pertapaan dan penyiasatan, mereka dapat memelayukan namaku.. lalu mereka pergi berjumpa dengan mak aku yang ketika itu sedang sibuk main game snake kat henset 3310 dia.

Abang : mak...mak... tadi baby yang comel dan hensem nk nama 90/nine zero kan mak? kami dah melayukan nama tuh...

Mak : hmm...ye..ye.. betul... apa hasilnya?

Abang : gni mak... Nazirul.... dalam bahasa arab pun maksud perkataan ni baik..

*lalu tanpa segan silu, mak aku menyambung permainan snake dia sampai habis dan menamakan aku NAZIRUL. Aku sangat2 gembira~ InsyaAllah gambar aku masa kecik2, aku akan selitkan pada masa akan datang...





P/S : aku harap mak aku sihat je hendaknya...dialah tempat aku mengadu... rndu mak! huhu..

Thursday, January 13, 2011

Surat Posmen

Saya masih berjinak-jinak dengan dunia BLOG ni...

Masih dalam pembikinan.

Masih mengumpul maklumat.

Masih menjalankan kajian.

Masih memikirkan topik-topik berkaitan.

Masih menyemak semula gambar-gambar lama.

Masih.. perghhh! berapa banyak masih daaaa.

Terima kasih je la...ok? hehhe...

P/S : Kalau ceritakan berkaitan hidup saya boleh? Tapi kan,
nanti GLAMOUR susah pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...